Fikir, Rasa, Tingkah dan Roh.

Refleksi, pemikiran dan rasa hati terhadap peristiwa yang berlaku... adakalanya peristiwa yang berlaku mencabar minda dan menyentuh rasa... itulah yang akan dikongsikan.

17 August, 2011

Kesangsian Seorang Bapa...

Baru-baru ini seorang bapa menelefon saya bercakap tentang masalah kenakalan anaknya. Anaknya telah ponteng sekolah, mencuri duit dan buku kawan-kawan di sekolah. Kerja rumah yang tidak pernah diselesaikan. Sering bergaduh dengan rakan sehingga mencederakan rakan yang lain. Apabila saya bertanya apakah tindakan yang telah dia lakukan terhadap anak. Bapa telah memberitahu bahawa semua bentuk hukuman telah dilaksanakan. Membesit dengan tali pinggang, merotan dengan rotan bulu ayam, mengikat anak dan mengurung di dalam bilik. Pendek kata semua hukuman telah dijatuhkan namun perangai anak tidak berubah malah semakin teruk. Lalu saya bertanya kepada bapa, apakah yang menyebabkan dia menghubungi saya. Dia mengatakan yang dia telah tidak boleh lagi bertahan, takut dia mencederakan anaknya dengan lebih teruk lagi. Dia ingin meminta saya memberi kaunseling kepada anaknya. Saya katakan padanya bahawa saya boleh berjumpa anaknya dan berbincang untuk bagaimana anak tersebut dapat menangani masalah nakalnya. Saya juga menyatakan kepada bapa kemungkinan saya memerlukan beberapa sesi dan hari untuk berjumpa anaknya dan bapa serta ibu juga perlu hadir untuk beberapa sesi agar perkara dan pemasalahan dapat ditangani bersama. Kini sebulan telah berlalu, batang hidung bapa tidak kelihatan dan saya juga tidak pasti apakah yang telah berlaku kepada anaknya sekarang. Saya tidak tahu setakat mana bapa sangsi untuk membawa dan merawat masalah kenakalan anak kepada saya. Atau mungkin si bapa telah berjumpa penawar untuk mengubat kenakalan tersebut.

Jika dia berjumpa saya pada masa terdekat ini ada 3 perkara yang ingin saya tanyakan kepadanya;
1. Pada pandangan bapa, mengapakah anaknya nakal dan bertindak liar?
2. Apakah bentuk hukuman yang pernah diberikan selain dari membesit, mengurung dan merotan?
3. Mengapakah hukuman yang diberi tidak berkesan untuk anaknya?
4. Apakah bentuk hukuman lain yang mungkin sesuai yang boleh diberikan kepada anak tersebut?
Saya fikir jawapan kepada persoalan ini akan merungkai pemasalahan si bapa.
Saya masih mengharap si bapa dapat datang membawa anaknya sebelum segala-galanya menjadi terlambat.

16 August, 2011

Apa dia masalah...??

Masalah ialah...